PBB sahkan senjata kimia

Gambar dikeluarkan oleh PBB dalam laporannya menunjukkan tanda-tanda bagaimana gas sarin boleh mengakibatkan kerosakan pada dinding dan lantai. - REUTERS
GENEVA 17 Sept. - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, semalam mengesahkan terdapat penggunaan gas saraf sarin dalam serangan di luar Damsyik pada 21 Ogos lalu berdasarkan laporan pakar penyiasat badan dunia itu.
Ki-moon berkata, laporan itu merupakan pengesahan jelas tentang penggunaan senjata kimia ke atas orang awam sejak bekas diktator Iraq, Saddam Hussein menggunakan senjata itu di Halabja, Iraq pada 1988.
''Masyarakat antarabangsa berikrar untuk menghalang kejadian ngeri itu berulang, namun ia masih lagi berlaku,'' katanya.
Pasukan PBB itu ditugaskan menyiasat sama ada terdapat senjata kimia digunakan dalam serangan di Ghouta dekat Damsyik tersebut.
Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan siapa yang melancarkan serangan tersebut.
Namun, utusan khas Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis menyatakan bahawa maklumat teknikal di dalam laporan itu merujuk kepada kerajaan Syria.
''Berdasarkan bukti daripada siasatan ke atas kejadian di Ghouta, kami menyimpulkan bahawa senjata kimia telah digunakan terhadap orang awam termasuk kanak-kanak dalam konflik di Syria, dalam skala besar,'' kata laporan ketua penyiasat PBB, Ake Sellstrom.
Laporan itu berkata, sampel alam sekitar, kimia dan perubatan yang dikumpul memberikan bukti jelas dan meyakinkan bahawa roket yang dilancarkan mengandungi ejen saraf sarin dalam serangan berkenaan.
''Keadaan cuaca pada 21 Ogos lalu memastikan banyak orang cedera atau terbunuh. Suhu menurun antara pukul 2 pagi dan 5 pagi membawa makna udara bergerak ke bawah, dari udara ke permukaan tanah,'' kata laporan itu. - REUTERS
Sumber:Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130918/lu_05/PBB-sahkan-senjata-kimia#ixzz2fCOwlbI7
© Utusan Melayu (M) Bhd
PBB siasat 14 kes serangan senjata kimia di Syria
GENEVA 17 Sept. - Penyiasat hak asasi manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa terdapat 14 serangan senjata kimia di Syria, namun masih gagal untuk mencari pihak yang perlu dipersalahkan.
"Kami menyiasat 14 kes yang dikatakan menggunakan senjata kimia," kata ketua suruhanjaya siasatan bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Paulo Sergio Pinheiro.
Pinheiro berkata, jika tidak kerana terdapat kesukaran dalam mengumpulkan bahan bukti, tidak mustahil pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dapat dicari. - AFP
sumber:Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130917/lu_01/PBB-siasat-14-kes-serangan-senjata-kimia-di-Syria#ixzz2fCSbHuY8
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : 11/09/2013
Syor tambah nilai produk pelancongan di Melaka Bandaraya Bersejarah
KUNJUNGAN kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah yang mempunyai banyak warisan peninggalan sejarah baru-baru ini untuk melihat produk pelancongan khususnya di waktu malam, ternyata berbaloi.
Tidak jauh dari tempat penginapan terdapat ramai 'Abang Beca'dengan beca berhias indah dan berkelipan dengan lampu menunggu pelanggan. Selepas tawar-menawar bagi mendapat tambang yang berpatutan yang disusuli dengan sesi bergambar, kami bergerak secara konvoi menuju ke destinasi seterusnya, iaitu ke pangkalan atau jeti untuk boat cruise.
Kesempatan berbeca selama 10 minit dalam keadaan bergoyang- goyang dengan dendangan muzik lagu-lagu kontemporari, termasuk dangdut, yang bergema dari kaset yang ditempatkan di bawah tempat duduk pastinya menyeronokan golongan 'orang lama' seperti saya. Anehnya, kanak-kanak pun turut terhibur. Bagi mereka berbeca adalah satu pengalaman baharu.
Ketika tiba di pangkalan, kelihatan ramai pengunjung beratur menunggu giliran untuk menaiki bot yang datang secara bertali arus. Pelayaran yang memakan masa selama 45 minit melalui terusan atau waterways itu membolehkan kita melihat bahagian belakang warisan lama, iaitu rumah kedai yang dikini dicat semula dan dihiasi dengan lampu yang berkelipan.
Kawasan sekitar laluan ini boleh menzahirkan satu pemandangan yang lebih menarik sekiranya dihiasi dengan pelbagai papan iklan atau billboards. Kawasan lapang sekitar tempat menanti di kawasan jeti penulis mencadangkan agar ia diberi suntikan nafas baru.
Apa yang diperlukan dan mungkin penulis terlepas pandang ialah kemudahan asas seperti restoran, tandas awam, kiosk yang menjual produk pelancongan serta tempat letak kenderaan yang mencukupi.
Kehadiran pemuzik jalanan juga boleh memeriahkan lagi suasana di tempat tersebut.
Syabas kepada kerajaan negeri Melaka di atas inisiatif yang telah dan akan diambil bagi meneroka potensi pelancongan yang ada di negeri Melaka. Sesungguhnya pelancongan adalah satu industri yang boleh menjana banyak manfaat kewangan kepada rakyat dan negara.
sumber:Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130911/fo_03/Syor-tambah-nilai-produk-pelancongan-di-Melaka-Bandaraya-Bersejarah#ixzz2fCUMWAIj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ekonomi Negeri Sembilan amat membanggakan
SEREMBAN 1 Okt. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berpuas hati dan gembira selepas menyaksikan banyak pencapaian yang telah dibuktikan oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Titah baginda, pertumbuhan ekonomi negeri ini semakin baik, malah pada tahun 2012 sahaja, pelaburan asing dan tempatan dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan telah meningkatkan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak RM24.63 bilion atau 88.9 peratus.
"Kerajaan beta telah melepasi sasaran jumlah pelaburan tahunan sekurang-kurangnya sebanyak RM1 bilion setahun. Pada tahun 2011 dan 2102, jumlah pelaburan yang telah diluluskan jauh melepasi sasaran iaitu masing-masing RM5.9 bilion dan RM2.73 bilion, sekali gus mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan," titah baginda dalam Istiadat Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-13, di sini semalam.
Titah Tuanku Muhriz lagi, prestasi pelaksanaan projek pembangunan juga mencapai tahap 98 peratus dan menjadi salah satu daripada dua negeri yang memiliki prestasi pelaksanaan projek pembangunan melebihi peratusan berkenaan dan satu yang amat positif.
"Jumlah kedatangan pelancong sejak kebelakangan ini juga telah menunjukkan peningkatan ketara iaitu 4.1 juta pada tahun 2012 berbanding 2.4 juta pada tahun sebelumnya," titah baginda.
Pada masa sama juga, bagi memastikan rakyat di negeri ini memperoleh kediaman yang lebih selesa, baginda menyeru pemaju perumahan supaya tidak melupakan tanggungjawab sosial untuk membina lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti bagi menyokong usaha yang sedang dilakukan kerajaan negeri.
"Kadar pengangguran pula semakin baik iaitu 3 peratus sahaja pada tahun lalu berbanding 3.2 peratus pada tahun 2010. Secara perbandingan pencapaian ini lebih baik daripada sebahagian negara-negara maju," titah baginda.
Tuanku Muhriz turut melahirkan rasa sukacita dengan prestasi kewangan negeri yang mengutamakan pengurusan berhemah sehingga berjaya meningkatkan hasil setiap tahun dan meningkatkan rizab Kumpulan Wang Disatukan kepada RM347.47 juta sehingga Disember lalu.
"Pencapaian yang memberansangkan ini telah meletakkan Negeri Sembilan di landasan yang betul untuk mencapai status negeri maju pada tahun 2020," titah baginda.
Baginda turut berbangga apabila Negeri Sembilan merupakan antara dua negeri yang membuat pembayaran balik hutang secara tunai kepada kerajaan Persekutuan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131002/ws_02/Ekonomi-Negeri-Sembilan-amat-membanggakan#ixzz2gWL0kfdc © Utusan Melayu (M) Bhd
Gadis OKU rentung dalam kebakaran
Seorang jiran Wahid Awang, 49, berkata, beliau merasa terkilan kerana gagal menyelamatkan mangsa.
"Saya cuba menendang pintu bilik mangsa beberapa kali namun tidak berjaya lalu terpaksa keluar menyelamatkan diri selepas api mula marak di bahagian bumbung beserta asap yang terlalu tebal," katanya.
Beliau berkata beliau sedang menunggang motosikal sebelum ternampak api menyambar bahagian atap dapur rumah milik ibu bapa mangsa iaitu Mohamad Jaafar dan Rafiah Salleh.
"Saya segera ke rumah itu untuk membantu selepas melihat Rafiah yang kelam kabut di luar rumah dan memberitahu anaknya masih terperangkap di dalam rumah," katanya.
Abang mangsa Azizan, 29, berkata, beliau tidak berada di rumah ketika kejadian.
"Saya hanya mengetahui mengenai kebakaran selepas saya dihubungi dan lalu segera pulang namun segalanya sudah musnah dan paling memeranjatkan apabila diberitahu adik saya rentung.
"Walaupun mengidap down sindrom, dia seorang yang peramah dan suka bergurau dengan kami dan jiran-jiran," tambahnya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menghantar 20 anggota bersama empat jentera untuk memadam kebakaran namun gagal menyelamatkan rumah itu yang musnah sama sekali.
Sebuah lagi rumah yang berkembar dengan rumah itu turut rosak, katanya.
Punca kebakaran belum diketahui. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131005/je_15/Gadis-OKU-rentung-dalam-kebakaran#ixzz2hBPEpQ99
© Utusan Melayu (M) Bhd