Menurut saya, tidak, apabila yakin dan percaya atas apa yang saya lalui setiap waktu sebagai aturan Allah swt, saya akan lebih berlapang dada atas setiap apa yang saya lalui. Saya akan lebih bermotivasi lantas menjadi seorang yang lebih tenang dan damai hatinya.
Memanglah bukan mudah. Kenapa? Kerana saya tidak memujuk hati dan fikiran saya dengan motivasi diri yang tinggi. Saya terlalu memanjakan hati dan fikiran kita dengan input-input negatif. Contohnya, ‘Aku tak rasa aku boleh buat benda ni. Susah betul ni!’. Walhal saya belum cuba lagi, saya sudah mengalah. Lihatlah betapa saya tinggalkan motivasi jauh di belakang.
Contoh lain betapa negatifnya pemikiran saya adalah seperti: ‘Dia ni pandang aku satu macam mesti sebab dia dengki dengan aku sebab markah aku tinggi. Aku tak boleh buat baik dengan orang macam ni!’. Itu tanggapan negatif semata-mata. Dalam diam syaitan bertepuk tangan, ‘hoorey hoorey’ kerana berjaya mempengaruhi fikiran saya. Yang kalah adalah saya. Ya, saya.
Sekadar mahu kongsikan apakah perkara yang wajar saya lakukan untuk meningkatkan motivasi diri. Semoga bermanfaat untuk anda, saya dan kita semua!
- Bisikkan kepada diri sendiri setiap hari bahawa, ‘aku seorang yang positif dan bermotivasi tinggi’. Jadikan diri saya sebagai inspirasi setiap orang sebaiknya.
- Banyakkan membaca bahan motivasi contohnya buku-buku motivasi, cerpen motivasi, mendengar perkongsian motivasi di radio ataupun menonton perkongsian motivasi di TV atau internet.
- Banyakkan menulis perkara-perkara positif walaupun saya tahu pada waktu itu saya masih ada rasa sedih, kecewa, dan sebagainya. Jika mempunyai akaun Twitter atau FB, kurangkan keluhan tetapi perbanyakkan kata-kata positif. Lama kelamaan ia akan sebati dengan diri sendiri.
- Berkawanlah dengan orang-orang yang positif dan bermotivasi tinggi. Kurangkan berkawan dengan orang yang suka mengeluh, complaint, selalu bersedih, kurang bersyukur, dan berfikiran negatif. Kerana kawan-kawan begini akan mempengaruhi kita. Jadi, pilih kawan yang betul!
SEAK YI CHEK...ANDA BOLEH!!!!GAMBATEH